Selamat Datang, أهلاً وسهلاً ومرحباً بكم !
Pihak admin bagi AJK Asyraaf Malaysia (AJK Pusat) kini giat dalam usaha mengemaskini dan menambahbaik laman web rasmi Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia. Insya-Allah semoga segala usaha dipermudahkan-Nya dan sama-sama kita doakan agar laman web ini terus berkembang maju dan menjadi sumber informasi buat seluruh warga Asyraaf Malaysia dan ahlulbait keseluruhannya 🙂
Pihak admin amat mengalu-alukan sebarang idea dan cadangan yang membina @konstruktif demi menambahbaik laman web ini seterusnya memartabatkan lagi Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia sebagai sebuah NGO yang bermanfaat untuk kebajikan dan kebaikan bersama, insya-ALLAH.
Sebarang maklumat berkaitan aktiviti Asyraaf Negeri, laporan tahunan, hebahan aktiviti persatuan, perkongsian ilmu dan perkara yang berkaitan untuk dipaparkan dalam laman web ini boleh disalurkan melalui email asyraafmalaysia2014@gmail.com
ATAU hubungi Setiausaha Persatuan pada ruangan hubungi kami.
Segala pelaporan bergambar alternatifnya boleh dilihat pada laman Instagram Asyraaf Malaysia di https://www.instagram.com/asyraafmalaysia/
Semoga medium ini menjadi wadah silaturrahmi sesama ahlulbait dan para muhibbin seluruhnya, insya-Allah, Allahumma amiinnnn.
Syukran jazilan…
