Seminar Nasab & Kafaah Ahlul Bait Siri 2

Program telah berlangsung di Surau Tok Ku Syed Saggaf Al-Aydrus pada 27 Disember 2014 dengan sesi perbengkelan dari sebelah pagi hingga petang dan dikendalikan oleh Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus.

IMG-20141223-WA0002            IMG-20141223-WA0004

Rakaman foto sekitar program berlangsung :

IMG-20141227-WA0047 IMG-20141227-WA0018  IMG-20141227-WA0044      IMG-20141227-WA0046     IMG-20141227-WA0029      IMG-20141227-WA0020     IMG-20141227-WA0022

p/s: Insya-Allah pihak admin sedang berusaha untuk menerbitkan DVD Seminar Nasab & Kafaah untuk rujukan dan rekod ahlul bait yang berminat.

Haul Tok Ku Paloh (Sayyid Abdul Rahman Al-Aydrus) 7 Feb. 2015

Alhamdulillah majlis buat julung kalinya telah diadakan di persekitaran Masjid Tok Ku Paloh, Kampung Paloh dan juga di sekitar Masjid Tok Ku Tuan Besar, Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 7 Februari 2015 yang lalu dengan jayanya. Program berlangsung seawal pagi dan kemuncaknya Tausiah pada sebelah malam di Masjid Tok Ku Paloh.

IMG-20150206-WA0011       IMG-20150207-WA0010

Foto rakaman sekitar majlis dan banyak lagi foto-foto berkenaan di laman facebook SnSC 🙂

IMG-20150207-WA0014       IMG-20150207-WA0016 IMG-20150207-WA0023       IMG-20150207-WA0019 IMG-20150207-WA0013       IMG-20150207-WA0011

10933696_10153584759233082_8218452313333852767_n 1509862_10153584759323082_8069709255276180239_n 1375976_10153584758938082_9142303781927348101_n

lagi foto-foto majlis boleh diperoleh melalui laman facebook Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia dan SNSC pages.

credit photos 4 : Syed Adie Al-Aydrus, Syed Atillah Al-Kherid

Senarai Aktiviti Asyraaf Terengganu

Berikut adalah senarai aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh Asyraaf Terengganu sepanjang 2014-2016 :

  1. Penerangan Mengenai Kepentingaan Kafaah Dalam Perkahwinan Siri 1 & Siri 2
  2. Seminar dan Bengkel Nasab Ahlul Bait Siri 1 & Siri 2
  3. Program Cakna Anak Yatim @ Program Anak Angkat (11 orang bagi yang berumur 15 tahun ke bawah)
  4. Sambutan Majlis Hari Raya bersama Persatuan Al-Amin Terengganu (kehadiran melebihi 1000 orang)
  5. Berjaya menubuhkan Koperasi Asyraaf Terengganu Berhad dalam usaha meningkatkan ekonomi
  6. Mengadakan Sambutan Maulidur Rasul
  7. Mengadakan Permainan untuk Belia
  8. Berjaya mengadakan Sambutan Hol Tok Ku Paloh bersama Pondok Bukit Jong & Jawatankuasa Masjid Tok Ku Paloh
  9. Taklimat Bahaya Fahaman Syiah
  10. Mengadakan perjumpaan dengan JHEAT (Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu) mengenai penggunaan pangkal nama Syed dan Syarifah – belum ada kata putus & tindakan susulan akan diambil serta dibawa ke Asyraaf Pusat
  11. Mengadakan lawatan ke Singapura & Palembang, Indonesia
  12. Cadangan program ke Sarawak & Medan, Indonesia pada masa akan datang insya-Allah
  13. Lawatan @ ziarah mangsa banjir di Kelantan dan Pahang
  14. Berjaya mengadakan Mesyuarat Agung setiap tahun
  15. Berjaya menubuhkan kumpulan Qasidah Shoutul Asyraaf
  16. Kem Cakna Solat untuk pelajar-pelajar sekolah rendah (7-12 tahun)
  17. Program Usrah dan Nasihat Agama
  18. Bilangan keahlian Asyraaf Terengganu setakat 18 Mac 2016 ialah seramai 343 orang ahli berdaftar.
BIL. TARIKH MAJLIS LOKASI PROGRAM ANJURAN / TUAN RUMAH
1. 07 Feb. 2015 Haul Tok Ku Paloh (Syed Abd. Rahman bin Syed Muhammad Al-Aydrus)

 

Tausiyah oleh :

1.         Habib Soleh Al-Aydrus

2.         Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid

3.         Habib Hassan Al-Attas

4.         Habib Abdurrahman Al-Masyhur

 

Masjid Tok Ku Paloh, Kampung Paloh, 21000 Kuala Terengganu 1.    Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu

2.    Persatuan Al-Amin Terengganu

3.    Madrasah Darul Muhajirin @ Pondok Bukit Jong

2. 28 Feb. 2015 Misi Konvoi dan Bantuan Mangsa Banjir di kalangan ahli keluarga @ ahlul bait Kelantan Masjid Al-Amin, Rantau Panjang, Kelantan. Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
3. 04 Mac 2015 Tazkirah oleh al Syeikh al Syarif Youssef Mahyuddin Rek El Bakhour Al Hasani Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
4. 06 Jun 2015 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelapan (2015) Pejabat Koperasi Keluarga Asyraaf Terengganu Berhad, Kampung Tok Ku, Chabang 3, 21000 K. Trg. Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
5. 08 Ogos 2015 Majlis Mahabbah Aidilfitri 1436 Ahlulbait Terengganu dan Pahang Mahaad Tahfiz Darul Uloom Al-Islamiah Kemaman, Lot 2068 Bukit Takal, 24000 Kemaman, Terengganu Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu & Cawangan Pahang
6. 08 Ogos 2015 Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Kali Ke-11 Mahaad Tahfiz Darul Uloom Al-Islamiah Kemaman, Lot 2068 Bukit Takal, 24000 Kemaman, Terengganu Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
7. 11 Sept. 2015 Mesyuarat AJK Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu Bilangan 1/2015 Pejabat Koperasi Keluarga Asyraaf Terengganu Berhad, Kampung Tok Ku, Chabang 3, 21000 Kuala Terengganu Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
8. 16 Okt. 2015 Majlis Usrah Bersama Biro Pendidikan Persatuan Kebajikan Asyraaf Terengganu

 

Tazkirah/Usrah oleh :

1.      YM Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin

2.      YM Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar

Lot 13303, Kampung Petai Bubus, Manir, 21200 Kuala Terengganu Biro Pendidikan, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
9. 12 Dis. 2015 Sambutan Maulid dan Program Tausiyah Keluarga oleh Habib Nael Ben Taher Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
10. 20 Dis. 2015 Kem Cakna Solat kepada anak-anak ahli keluarga yang berumur (7-12 tahun – Sekolah Rendah) Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu Biro Pendidikan, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
11. 14-15 Feb. 2016 1.     Makan Malam dan Program Jejak Waris BenYahya bersama AJK Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu

–          Penerangan jejak waris oleh YM Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar

2.     Ziarah dan tahlil ringkas Makam Syed Yasin di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

–          Penerangan oleh Habib Alidien As-seggaf

1.     Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Losong, Terengganu

2.     Makam Syed Yasin Al-Yahya di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

1.     Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

2.     Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu

12. 18 Mac 2016 Mesyuarat AJK Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu Bilangan 1/2016 Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu
13. 31 Mac – 02 April 2016 Lawatan Wakil Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu ke Acheh, Indonesia :

1)        Ziarah maqam Tengku di Anjong Sayyid Abu Bakar bin Hussin BilFaqih di Acheh

2)        Bertemu dan berbual panjang dengan Ahlul Bait Banda Aceh. Syed Farid Jamalullai, Syed Burhan Al Aydrus dan Syed Khuwailid Al Aydrus

Acheh, Indonesia Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu & Persatuan Pesara Guru Terengganu
14. 01 April 2016 Mesyuarat Sekretariat Program Haul Tok Ku Paloh Kali Ke-2 Bilangan 1/2016 Madrasah Darul Muhajirin @ Pondok Bukit Jong, Kuala Nerus, Terengganu 1.     Pondok Bukit Jong

2.     Asyraaf Terengganu

3.     Al-Amin Terengganu

15. 15 April 2016 Gotong-royong membersihkan kawasan Makam Tok Ku Tuan Besar (Syed Muhammad bin Syed Zainal Abidin Al-Aydrus) Makam Tok Ku Tuan Besar, di belakang Masjid Tok Ku Chabang 3, Kuala Terengganu 1.     Pondok Bukit Jong

2.     Asyraaf Terengganu

3.     Al-Amin Terengganu

16. 22 April 2016 Mesyuarat Sekretariat Program Haul Tok Ku Paloh Kali Ke-2 Bilangan 2/2016 (9.30 – 11.30 malam Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu 1.     Pondok Bukit Jong

2.     Asyraaf Terengganu

3.     Al-Amin Terengganu

17. 13 Mei 2016 Mesyuarat Sekretariat Program Haul Tok Ku Paloh Kali Ke-2 Bilangan 3/2016 (9.30 – 11.30 malam Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu 1.     Pondok Bukit Jong

2.     Asyraaf Terengganu

3.     Al-Amin Terengganu

18. 27 Mei 2016 Mesyuarat AJK Asyraaf Terengganu Bilangan 2/2016 (3.30 – 6.00 petang) Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu Asyraaf Terengganu
19. 27 Mei 2016 Mesyuarat Sekretariat Program Haul Tok Ku Paloh Kali Ke-2 Bilangan 4/2016 (9.30 – 11.30 malam) Surau Tok Ku Syed Saggaf, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu 1.     Pondok Bukit Jong

2.     Asyraaf Terengganu

3.     Al-Amin Terengganu

 

 

DSC00024

sumber : SU Asyraaf Terengganu.

Senarai Aktiviti Asyraaf Perlis

Senarai Aktiviti Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Perlis :

  1. Majlis Rohah di Ribat Asyraaf.
  2. Solat terawih berjemaah di Ribat Asyraaf.
  3. Majlis silaturrahim bersama pelajar UNIMAP keturunan Yaman.
  4. Majlis Taklim dan Assurra.
  5. Sumbangan kepada mangsa banjir di Negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang

Sumber : SU Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Perlis.

 

Berikut adalah rakaman foto sekitar Program Maulid di Arau, Perlis :-

photo_2015-05-10_20-52-43   photo_2015-05-10_20-52-40  photo_2015-05-10_20-52-23

posted by Azri Al Haddad photo_2015-05-10_20-53-06 via Asyraaf Malaysia – Telegram Group on 30/08/2014.

AJK Asyraaf Terengganu 2010-2015

  1. Yang DiPertua             : YM Dato’ Sayed Abu Bakar@Syed Omar b. Abdullah Al-Aydrus
  2. Naib Yang DiPertua    : YM Sayed Mohd Al Bakir bin Tuan Taupik Al-Aydrus
  3. Setiausaha                   : YM Sayed Abdullah bin Sayed Ahmad Al-Aydrus
  4. Penolong Setiausaha : YM Syed Mohd Yasni bin Syed Yasin
  5.                                         / Syed Abdul Atillah bin Syed Omar Al-Kherid (mulai Jun 2013)
  6. Bendahari                     : YM Syed Husin bin Syed Saggaf

Ahli Jawatankuasa :

  1. YM Syed Abdillah bin Tuan Taupik Al-Aydrus
  2. YM Syed Omar bin Syed Mohamad
  3. YM Syed Ahmad bin Syed Idrus
  4. YM Engku Ibrahim bin Engku Wook Zin
  5. YM Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar
  6. YM Syed Ahmad bin Syed Abdullah
  7. YM Syed Mohamad bin Syed Abu Bakar
  8. YM Syed Syukri bin Syed Mustaffa
  9. YM Sharifah Kamariah binti Tuan Ngah
  10. YM Sharifah Iftirah binti Tuan Sidek

Pemeriksa Kira-kira :

  1. YM Syed Mahadzar bin Tuan Taupik
  2. YM Syed Sheikh bin Syed Ahmad

sumber : SU Persatuan Kebajikan Asyraaf Terengganu

Ahli Jawatankuasa Pusat 2014-2017

  1. Penaung : DYTM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
  2. Presiden : Y. Bhg. Prof. Dato’ Syed Omar bin Syed Mohamad Assaggaf
  3. Naib Presiden : Y. Bhg. Dato’ Sayed Abu Bakar bin Sayed Abdullah Al-Aydrus
  4. Setiausaha Agung : YM Sayed Mohd Albakir bin Tuan Taupik Al-Aydrus
  5. Penolong Setiausaha Agung : YM Dato’ Syed Nasarudin bin Syed Abdul Hadi Al-Baity
  6. Bendahari Agung : YM Syed Abu Bakar bin Syed Hamzah

Ahli Jawatan Kuasa Pusat :

  1. YM Syed Mohd bin Syed Shaikh
  2. YM Syed Mohamad bin Syed Hamid
  3. YM Syed Akil bin Syed Abdul Rahman
  4. YM Syed Idrus bin Syed Mustafa
  5. YM Syed Siksh bin Syed Mansor
  6. YM Sayed Abdullah bin Sayed Ahmad Al-Aydrus
  7. YM Syed Mohd Sah bin Syed Jaffar Al-Yahya
  8. YM Tunku Mohsinuddin bin Tunku Mohd Jamil Ben-Shahab
  9. YM Syed Ahmad Nasrie bin Sayed Abdullah Al-Aydrus
  10. YM Syed Ibrahim bin Syed Mohd Al Mashor
  11. YM Sharifah Kamariah binti Tuan Ngah
  12. YM Sharifah Noorul Hayat binti Said Ali Al-Khereed

Pemeriksa Kira-kira / Juruaudit :

  1. YM Syed Abdillah bin Tuan Taupik Al-Aydrus
  2. YM Syed Shahrinnizam bin Syed Mohd Sah Al-Yahya

Sumber : SU Agong Asyraaf Pusat ; mohon maklumkan pembetulan jika ada kesilapan ejaan nama melalui email asyraafmalaysia2014@gmail.com

Sejarah Penubuhan Asyraaf Malaysia

Pada Disember 2002, Tuan Syed Mohd Shaiful Jamalullail ditemani Tuan Syed Padzil Barakbah telah mengadap Tuanku Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail di Pejabat BUMITA Kangar bagi berbincang menubuhkan Persatuan Syed-Syed Se-Malaysia.

Perbincangan yang hampir satu jam itu mendapat kata putus yang positif. Tuanku Pemangku Raja Perlis banyak memberi nasihat dan pandangan yang membina bagi menjayakan persatuan ini. Dengan penuh rasa kasih dan sayangnya Baginda kepada Alawiyyin, Tuanku sanggup menjadi Penaung serta Penasihat kepada persatuan yang bakal ditubuhkan ini.

Bermula dari titik pertemuan dengan Tuanku, Tuan Syed Mohd Shaiful Jamalullail dengan dibantu Tuan Syed Padzil Barakbah telah mengaturkan perjumpaan dengan pemuda-pemuda Ba-Alawi disekitar Perlis untuk berbincang. Antara yang terlibat pada perbincangan awal adalah Tuan Syed Muzammil Jamalullail, Tuan Syed Aidil Jamalullail, Tuan Syed Murtadza Barakbah serta Tuan Syed Azri Al-Haddad. Perbincangan secara tidak resmi ini berlanjutan beberapa hari.

Setelah seminggu perkara ini menjadi perbualan Alawiyyin di Perlis, sampailah masanya untuk bermesyuarat secara resmi dan sekaligus melantik jawatankuasa Penaja. Pada Tanggal 2hb Januari 2003, hari Khamis malam Jumaat, mesyuarat kali pertama diadakan dikediaman Tuan Syed Mohammad Syed Sheikh As-Saggaf dengan dihadiri seramai tujuh orang. Pada malam itu telah disepakati oleh jamaah mesyuarat melantik jawatankuasa seperti berikut, Prof. Madya Syed Omar Saggaf (Presiden), Tuan Syed Padzil Barakbah (Naib Presiden), Tuan Syed Mohd Shaiful Jamalullail (Setiausaha), Tuan Syed Azri Al-Haddad (Penolong S/U), Tuan Syed Yusof Al-Aidid (Bendahari), Tuan Syed Mohammad Al-Saggaf (AJK). Tuan Syed Abu Bakar dari Pulau Pinang menjadi pemerhati pada malam tersebut. Selepas perlantikan jawatankuasa itu, majlis mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk menamakan persatuan yang bakal ditubuhkan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN BA-ALAWI MALAYSIA.

Shaiful Jamalullail telah diamanahkan untuk merangka serta menyiapkan Perlembagaan (Undang-undang Tubuh) secepat mungkin untuk proses pendaftaran secara sah. Mesyuarat Khas Membentang Perlembagaan berlangsung dua kali bagi diluluskan oleh jawatankusa. Pada bulan Februari 2003, Shaiful Jamalullail telah menghantar borang serta Perlembagaan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis.

Pada tanggal 8hb. Julai 2003, Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang ibu pejabatnya di Kuala Lumpur telah meluluskan permohonan PERSATUAN KEBAJIKAN BA-ALAWI (PEKABA) diperingkat Kebangsaan. Pada tanggal ini juga PEKABA telah menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dengan ujudnya Persatuan ini, maka para Ba-Alawi seluruh Malaysia dapatlah bersatu dibawah satu bumbung. Pihak PEKABA menyeru seluruh Ba-Alawi agar bersama PEKABA demi menghidupkan kembali amal kebajikan yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita pada masa dulu.

Pada Muktamar yang lalu (Mei, 2005), beberapa undang-undang dalam perlembagaan PEKABA telah dipinda dan dirubah (sila lihat Perlembagaan). Antara pindaan yang terbesar adalah, Jawatan Kuasa PEKABA Pusat telah mengusulkan Pindaan Perlembagaan PEKABA, Fasal 1: Pindaan nama persatuan, iaitu dari PERSATUAN KEBAJIKAN BA-ALAWI MALAYSIA (PEKABA) kepada PERSATUAN KEBAJIKAN ASYRAAF MALAYSIA (ASYRAAF).

Pihak PEKABA Pusat memikirkan bahawa komentar ini adalah munasabah dan perlu kerana persatuan ini diwujudkan untuk semua keturunan Sayyid @ Syariff dan Syarifah (Alawiyyin) serta Muhibbin di Malaysia.

Kita sedia maklum bahawa terdapat juga Alawiyyin di Malaysia ini terdiri daripada bukan susur galur BA-ALAWI, umpamanya jika dari keturunan Sayedina Hussein r.a itu sendiri, iaitu qabilah Al-Musawwi, Al-Mahdali, Al-Bukhori, Az-Zawawi dan banyak lagi. Manakala dari keturunan Sayedina Hassan r.a pula yang terdiri dari qabilah Al-Qudsi, Al-Qadiri, Al-Hasyimi, Al-Dahlani dan beratus-ratus lagi qabilah dari beliau.

Walaupun pindaan ini dibuat, ianya tidak merubah dasar dan hala-tuju persatuan, malah ianya telah membuka skop yang lebih luas untuk keahliannya, iaitu kepada seluruh keturunan Hassan r.a dan Hussein r.a.

Tafsiran Ba-Alawi

Tafsiran BA-ALAWI adalah diambil dari singkatan perkataan Bani Alawi atau maksudnya Keturunan Alawi. Yang di panggil Ba-Alawi pula adalah mereka yang bernasab terus kepada Alawi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Al-Muhajir Bin Isa An-Naqeh. Keturunan ini bersambung nasab kepada Sayedina Hussein r.a.

Tafsiran Asyraaf

Tafsiran ASYRAAF pula diambil dari kata jamak dalam bahasa arab yang bermaksud Keturunan Yang Mulia iaitu dari keturunan Sayedina Hassan r.a dan keturunan Sayedina Hussein r.a.

Sebagai contoh jika lelaki dari keturunan ini disebut Syariff dan jika perempuan dari keturunan ini pula disebut Syarifah, manakala jika umum bagi keturunan ini disebut dengan panggilan ASYRAAF.

Dengan ini kami pihak ASYRAAF Pusat berharap para Asyraaf dapat memahami dengan penerangan yang serba ringkas tentang tujuan pindaan ini yang telah dibuat. Semoga dengan pindaan ini dapat memperluaskan jaringan persaudaraan, kekeluargaan dan memperkukuhkan lagi hubungan sesama kita.

photo_2015-05-10_19-10-33           photo_2015-05-10_19-09-49

Sumber : Syed SEIF Jamalullail (posted in Telegram group Asyraaf Malaysia on 08 Sept. 2014); credit to Syed Mohd Shaiful Jamalullail a.k.a. Syed Seif Jamalullail, Syed Padzil Barakbah & AJK Asyraaf Malaysia 🙂

photo_2015-05-10_19-10-27                 photo_2015-05-10_19-10-21