“ITROTUNAA”

AmGG0ECSkRBLG-o7BGGroh8tiWOKg3P3B1B6gI1IFvEX

Kelab mencari jodoh yang dinamakan “Itrotunaa” adalah satu lujnah baru wujud di bawah Persatuan Kebajikan Asyraaf Terengganu dengan tujuan utamanya untuk menjadi jambatan untuk menemukan Syed dan Sharifah yang sedang mencari jodoh.

Dialu-alukan  kepada  ahlulbait (lelaki dan wanita : bujang, duda atau janda) yang ingin mencari jodoh, boleh menyertai program  “itrotunaa” ini dengan mengisi borang @  hantarkan sahaja maklumat peribadi kepada alamat email atau whatsapp sebagaimana yang tertera pada iklan di atas.

Program ini bertujuan untuk menyelamatkan golongan ahlul bait daripada memilih orang ahwal dalam perkahwinan mereka.. Sama-sama lah kita kempen keluarga kita demi kasih sayang dan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah S.A.W. dan seluruh ahlulbaitnya.

“Siapa lagi yang akan membela jika kita sendiri tidak ingin membela ahlulbait Rasulullah S.A.W.”

“Tidak kenal maka tidak menyintai, maka di sinilah pentingnya kesedaran diri dan ilmu pengetahuan secukupnya demi memelihara kafaah dan nasab keturunan yang mulia ahlulbait Rasulullah S.A.W.”

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari keturunan Ismail, memilih Quraish dari Kinanah, memilih Bani Hashim dari Quraish dan memilihku dari keturunan Bani Hashim.” (hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Tarmizi dan lain-lain)

Setiap anak akan dinasabkan kepada bapanya kecuali zuriat Sayyidatina Fatimah r.a. sepertimana hadis sahih yang berasal daripada Jabir r.a. dan telah diketengahkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan Abu Ya’la di dalam Musnad, menegaskan bahawa Sayyidatina Fatimah r.a. meriwayatkan ayahandanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : ” Semua anak Adam yang dilahirkan oleh seorang ibu termasuk di dalam suatu ‘usbah (kelompok dari satu keturunan) kecuali dua orang putera Fatimah, Akulah wali dan ‘usbah mereka berdua.”

Dalam hadis sahih yang lain baginda Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Fatimah itu secebis daging (sebahagian) dariku, maka barangsiapa yang menyakitinya maka bererti dia menyakitiku.” (hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

… maka barang siapa yang menyakiti anak cucu keturunannya bermakna dia telah menyakiti juga Kekasih Allah (Rasulullah s.a.w.) serta terdedah kepada murka Allah s.w.t., wallahua’lam…

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

Webmaster Asyraaf Pusat

Buat masa ini, semua ahli Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia atau ahlulbait yang berminat boleh menghubungi AJK Asyraaf Pusat melalui wakil negeri masing-masing (YDP & SU Cawangan Negeri yang aktif) atau boleh hubungi web admin melalui email asyraafmalaysia2014@gmail.com

Sebarang pertanyaan, urusan surat-menyurat atau penghantaran laporan aktiviti juga boleh dihantar ke alamat :

YM Sayed Mohd AlBakir bin Tuan Taupik Al-Aydrus

Setiausaha Agung, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia,

No. 171, Kampung Gong Kapas,

21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Sebarang urusan atau pertanyaan berkenaan hal Nasab & Kafaah boleh diajukan kepada YM Ustaz Syed Mohd Fadhil Al-Aydrus melalui email syfadhil72@yahoo.com

Sambutan Aidilfitri Ahlul Bait Terengganu 1435/2014

Alhamdulillah majlis perjumpaan dan sambutan Aidilfitri tersebut telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu 09 Ogos 2014 bersamaan 13 Syawal 1435 di perkarangan Muzium Negeri Terengganu Darul Iman. Perjumpaan silaturrahim ini diadakan dengan suasana penuh mahabbah demi menambahkan lagi kecintaan terhadap baginda Rasulullah s.a.w. dengan pengisian nasihat oleh al fadhil Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin […]

Mahabbah Aidilfitri Ahlul Bait 1436/2015

Resize of Album Aidilfitri 13082015 web

Syukur, Alhamdulillah Majlis Mahabbah Aidilfitri Ahlul Bait di pantai timur telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 08 Ogos 2015 (Sabtu) bersamaan 23 Syawal 1436. Majlis ini telah dianjurkan secara bersama oleh Asyraaf Terengganu dan Asyraaf Pahang demi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan ahlul bait bagi kedua-dua negeri khususnya dan seluruh Malaysia amnya.

Program yang berlangsung di Maahad Tahfiz Darul Uloom Al-Islamiah, Kampung Bukit Takal, 24000 Kemaman, Terengganu penuh dengan suasana mahabbah dan kekeluargaan dengan pengisian tausiyah untuk mengeratkan lagi silaturrahim serta dapat saling mengenali di kalangan ahlul bait Terengganu & Pahang serta Malaysia amnya.

Pengisian tausiyah telah disampaikan oleh Habib Alidien As-Saggaf, tetamu khas dari Indonesia.

Manakala program sebelah waktu petang telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 bagi Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia. Mesyuarat dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya majlis telah mencapai objektif dan mendapat sambutan yang begitu meriah dan amat baik di kalangan ahlul bait yang hadir.

Mesy. Agung Pusat Ke-11 2015

AgzItHTIOwympQoMxzAzQeEBNh2MaM67-RljlFmPG5R1             AqFW3-m_GVxUpZI28kK42y77XBBRo-ZRldpWYamdBbdu AmEUY57IlzzEdZ5fIAq6ghrodv33COg6FTfuPsYaMksfAvnY-MJ-JfZsZDD9s1m5HuxKWq9lzF4DnLhKiGY73uVs App97rh60INiiUipE1jRQuZLC_laruK1N9AFjAdCw9oC

photo_2015-07-24_11-07-06                     Kad Raya Asyraaf 2015 p2

Jawatankuasa Tadbir Asyraaf Terengganu 2015-2018

  1. Penaung                       : YM Dato’ Sayed Abu Bakar@Syed Omar b. Abdullah Al-Aydrus
  2. Yang DiPertua             : YM Sayed Mohd Al Bakir bin Tuan Taupik Al-Aydrus
  3. Naib Yang DiPertua   : YM Sayed Abdullah bin Sayed Ahmad Al-Aydrus
  4. Setiausaha                   : YM Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus
  5. Penolong Setiausaha : YM Syed Ahmad Nasrie bin Sayed Abdullah Al-Aydrus
  6. Bendahari                    : YM Al Syed Mohamad bin Al Syed Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa :

  1. YM Syed Abdillah bin Tuan Taupik Al-Aydrus
  2. YM Syed Mustafa bin Tuan Hadi
  3. YM Tuan Sharifah Hayati binti Tuan Hadi
  4. YM Syed Husin bin Syed Saggaf Al-Aydrus
  5. YM Syed Ahmad bin Syed Idrus Al-Baraqbah
  6. YM Engku Ibrahim bin Engku Wook Zin Al-Aydrus
  7. YM Syed Omar bin Syed Mohamad
  8. YM Sharifah Kamariah binti Tuan Ngah
  9. YM Syed Abdullah bin Embong
  10. YM Syed Mohd Sah bin Syed Jaffar
  11. YM Syed Ahmad bin Syed Yahya
  12. YM Syed Mohamad bin Syed Abdullah

Pemeriksa Kira-kira :

  1. YM Syed Abd. Atillah bin Syed Omar Al-Kherid
  2. YM Sharifah Hanizam binti Tuan Dalam

sumber : SU Persatuan Kebajikan Asyraaf Terengganu (sila maklumkan kepada admin web melalui email asyraafmalaysia2014@gmail.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan ejaaan nama).