Artikel @ Rencana

Berikut adalah beberapa artikel sebagai perkongsian ilmu untuk manfaat semua warga Asyraaf Malaysia.

asyraaf usrah wasiat ahlubait cropPeta Hijrah Alawiyin dr Hadramaut hingga NusantaraPengantar Singkat Ilmu Nasab

Sekiranya terdapat bahan bacaan, buletin, rencana dan sebagainya yang ingin dikongsikan melalui laman web ini bolehlah dihantar kepada admin melalui email asyraafmalaysia2014@gmail.com

Terima kasih kepada Habib : Syed Alidin bin Hasan Assegaff & Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus atas sumbangan artikel @ penerbitan.

Syukran jazilan.

Status Keahlian Asyraaf Terengganu

Berikut adalah senarai keahlian Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Cawangan Terengganu) untuk semakan dan rujukan ahli-ahli yang berdaftar.

Senarai ini adalah untuk percubaan paparan sahaja dahulu (dikemaskini sehingga 18 Mac 2016).

Senarai yang terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insya-ALLAH.

  • Status keahlian setakat 18 Mac 2016 ialah seramai 343 orang berdaftar termasuk ahli yang telah wafat.

Sila maklumkan kepada SETIAUSAHA PERSATUAN mengikut cawangan masing-masing sekiranya terdapat pembetulan seperti nama, qabilah atau perubahan maklumat seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Bagi tujuan perlindungan data peribadi, no. K/P dan no. telefon bimbit tidak dipaparkan dalam laman web ini.

Syukran jazilan.

Borang Keahlian Asyraaf

Buat sementara waktu, semua para Saadah yang belum berdaftar sebagai ahli boleh memohon pendaftaran sebagai ahli baharu melalui kaedah berikut :

  1. Dapatkan Borang Permohonan Ahli daripada Setiausaha Persatuan Kebajikan Asyraaf Negeri yang aktif seperti negeri Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak.
  2. Bagi negeri-negeri lain yang belum mempunyai cawangan boleh mendaftar dengan mana-mana cawangan negeri yang aktif seperti di no.1
  3.  Ahli-ahli yang berdaftar mengikut cawangan negeri tersebut secara automatiknya akan berdaftar sebagai Ahli Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia.

Pihak admin sedang giat berusaha untuk memudahkan proses pendaftaran serta pembayaran yuran @ sumbangan ahli secara atas talian @ on-line registration & on-line transfer pada masa akan datang, insya-Allah.

Secara alternatif, borang keahlian juga boleh dimuat turun melalui laman web ini.

  1.  Borang Ahli Asyraaf Terengganu 2018  atau Borang Asyraaf Malaysia (Caw. Terengganu)  ATAU
  2. Borang Asyraaf Malaysia

Selepas selesai muat turun borang,

  1. Cetak borang secara manual selepas dimuat turun (boleh guna salah satu daripada mana-mana borang di atas).
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan beserta dengan FOTO BERUKURAN PASSPORT DAN BAYARAN SEBANYAK RM12.00 (Dua Belas Ringgit Sahaja).
  3. Bagi maklumat sokongan atau pencadang boleh diisikan nama ahli Asyraaf yang telah berdaftar & mengenali pemohon untuk rujukan persatuan.
  4. Hantar secara pos atau by hand kepada Setiausaha (SU) Persatuan Kebajikan Asyraaf Negeri yang berkenaan/berhampiran atau ke alamat :

YM Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus

Setiausaha, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Cawangan Terengganu),

No. 171, Kampung Gong Kapas,

21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

ATAU emailkan borang yang lengkap diisi (scan @ snap photo) kepada  syfadhil72@yahoo.com

Program Haul Tok Ku Paloh Kali Ke-2 (2016)

Alhamdulillah, pihak Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu dan Madrasah Darul Muhajirin @ Pondok Bukit Jong telah berjaya menganjurkan program tersebut buat kali yang kedua pada hari Sabtu, 3 September 2016 bersamaan 1 Zulhijjah 1437H bermula dari jam 8.00 pagi sehingga ke jam 11.00 malam.

Segala bentuk pelaporan bergambar boleh dirujuk ke laman rasmi program di alamat https://m.facebook.com/stokkupaloh1/

Rakaman video program utama pula boleh diikuti di alamat https://youtu.be/PL2W6yx3mtw

i) Masjid Tok Ku Paloh, Paloh – perasmian (8.00 pagi – 1.00 petang)

MAPS : 

ii) Masjid Tok Ku Tuan Besar, Kg. Tok Ku, Chabang Tiga – program utama (2.00 petang – 11.00 malam)

MAPS :

Atucara program ini yang telah berjaya dilaksanakan seperti berikut:

Senarai JK Induk & Aturcara 15082016_Page_2

Ribuan terima kasih jua diucapkan kepada pihak Sekretariat dan semua AJK pelaksana sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Syukran jazilan.

Senarai AJK Induk Haul 16082016

Segala bentuk sumbangan adalah amat dialu-alukan untuk menjayakan program ini pada masa akan datang, insya-Allah. Sumbangan tersebut boleh disalurkan terus kepada Bendahari Sekretariat Haul atau melalui wakil-wakil AJK Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Kuala Terengganu atau Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu.

Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan jayanya, insya-Allah.

Rujukan Pengertian Haul @ Hol :

http://ahlussunah-wal-jamaah.blogspot.my/2011/08/peringatan-haul.html?m=1

 

AJK Asyraaf Negeri Sembilan 2014-2016

  1. Yang DiPertua              : YM Tunku Mohsinuddin b. Tunku Mohd Jamil Ben Shahab
  2. Naib Yang DiPertua    : Tuan Syed Mustafa bin Syed Abdullah Al Jufri
  3. Setiausaha                   : Tuan Syed Syahab bin Syed Amiludin Al Habsyi
  4. Penolong Setiausaha : Tuan Syed Abdul Bari bin Syed Mohamad Al Idrus
  5. Bendahari                     : Tuan Syed Zainal Abidin bin Syed Hussin Ben Yahya

Ahli Jawatankuasa :

  1. Tuan Syed Badruttammam bin Syed Jonid Ben Yahya
  2. Tuan Syed Abd Rahim bin Syed Yusof Al Jufri
  3. Tuan Syed Yaziz bin Syed Yusof Al Jufri
  4. Tuan Syed Burhanuddin bin Syed Jaafar Ben Yahya
  5. Tuan Syed Abdullah bin Syed Osman Jamalullail
  6. Tuan Syed Hud bin Syed Zain Al Qadri
  7. Tuan Syed Mohd bin Syed Abdullah Al Habsyi
  8. Tuan Syed Amiludin bin Syed Mansor Al Habsyi
  9. Tuan Syed Adnan bin Syed Hamzah Al Jufri
  10. Tuan Syed Mohammed bin Syed Hashim Al Idrus (Biro Dakwah)
  11. Tuan Syed Luqman bin Syed Omar Ben Yahya (Biro Pemuda)

Pemeriksa Kira-kira / Juruaudit :

  1. Tuan Syed Zulnurin bin Syed Loed Al Jufri
  2. Tuan Syed Rohaizat bin Syed Noh Al Jufri

sumber : SU Persatuan Kebajikan Asyraaf Negeri Sembilan (sila maklumkan kepada admin web melalui email asyraafmalaysia2014@gmail.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan ejaaan nama).

Aluan Presiden Asyraaf Malaysia

Akhwani & Akhwati…, Assalamua’laikum wrh. wbt.,

Presiden AsyraafAna bersyukur kepada Allah dengan berkat dan kurnianya, pihak Asyraaf dapat terbitkan “Buletin” ini. Ini ialah kerana Asyraaf baru saja ditubuhkan, namun dengan kebangkitan syababnya maka dapat menjalankan aktiviti dengan pesatnya termasuklah mewujudkan WEBSITE ini. Ini juga bertujuan mengingatkan kepada keluarga “Asyraaf (Ba-Alawi)” betapa pentingnya tugas serta tanggungjawab yang pernah dipikul oleh datuk nenek kita yang terdahulu untuk membuat kebajikan dan menyebarkan Islam diseluruh Nusantara ini. Kini tibalah giliran kita meneruskan usaha yang pernah dilakukan oleh mereka.

Pesanan dari ana “Berbuatlah kebaikan sepertimana Allah menjadikan kita sebaik kejadian”

Kita menubuhkan ASYRAAF ini, bukan bertujuan membanggakan keturunan atau meniup semangat perkauman atau mahu berlumba dengan sesiapa, tetapi ianya bertujuan untuk menghidupkan kembali warisan kebajikan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita yang terdahulu. Kita mahu memupuk kembali Alawiyyin kita yang tercicir dalam arus kemodenan ini untuk membuat kebajikan semula.

Nenek moyang kita dahulu terkenal dengan kegigihan, kesabaran dalam apa jua keadaan dan yakin dengan taqdir Allah. Dengan sifat rendah diri, tawadduk, alim, ringan tulang dan berakhlak mulia, maka mereka disenangi oleh masyarakat. Jika ada masalah dalam kampong, masyarakat mahu mereka menyelesaikan hinggakan lembu hilang pun orang bertanyakan mereka hatta anak menangis malam pun merekalah tempat mengadu. Tidak hairanlah kalau dulu raja-raja di Tanah Melayu ini mengambil penasihatnya daripada kalangan Ba-Alawi. Maka secara rasionalnya nenek moyang kita menurut apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Mereka bukannya semua pendakwah yang berceramah di merata-rata tetapi kebanyakan mereka berdakwah melalui akhlak-akhlak yang baik selaras dengan kehendak Islam, maka masyarakat ketika itu amat mengasihi mereka. Apa jadi dengan Ba-Alawi hari ini?…. di mana nilai-nilai murni dalam berakhlak..? Ramai antara kita telah meninggalkan akhlak dan amalan Ba-Alawi, ini mengakibatkan Ba-Alawi dicemuh masyarakat dan tidak dihormati.

Kita boleh perhatikan kesan-kesan kebajikan Ba-Alawi terdahulu yang masih tersergam hingga ke hari ini seperti Madrasah Al-Junid (Singapura), Madrasah Alawiyyah (Perlis), Madrasah Al-Saggaf (Singapura), Madrasah Al-Attas (Johor), Madrasah Al-Mashor (P.Pinang) dan banyak lagi madrasah dan wakaf-wakaf lain yang mereka bina atas hasil titik peluh mereka. Dengan wujudnya madrasah tersebut, ramai ulama sudah terhasil daripada usaha kebajikan mereka. Merekalah pencetus kelahiran ulama-ulama di alam melayu ini.

Oleh sebab itu kita memerlukan suatu Persatuan bagi menghidupkan kembali warisan Ba-Alawi yang sudah terpinggir. Dengan rasa penuh keinsafan, ana menyeru para Alawiyyin sekalian, “marilah kita bersatu dibawah PERSATUAN KEBAJIKAN ASYRAAF MALAYSIA (ASYRAAF)”. Semoga usaha yang kita lakukan ini akan diredhai oleh Allah s.w.t.

Ana mohon kepada Allah supaya WEBSITE ini diberkati dan memberi manafaat kepada kita semua. Semoga Allah menjadikan usaha-usaha syabab sekalian semata-mata untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Kepada Allah sebaik-baik tempat bergantung dan kepada Allah kita memohon rahmat.

Ana sudahi ucapan aluan ini dengan mengucapkan “Jazzakumullahkhairan” kepada sekalian yang memberi sokongan kepada mewujudkan Persatuan Kebajikan Asyraaf ini.

Sekian, Wassalamualaikum wrh. wbt.

Prof. Dato’ Syed Omar As-Saggaf, AMN

Presiden,

Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia