Foto Mahabbah Aidilfitri Ahlulbait 2014-2018

Borang Tempahan Foto Aidilfitri

Kepada ahli keluarga yang berminat untuk dapatkan cetakan foto berwarna bagi Sambutan Aidilfitri terdahulu dari tahun 2014 hingga 2018, boleh lihat dan isikan borang tempahan melalui pautan di atas atau emailkan kepada asyraafmalaysia2014@gmail.com untuk info yang berkaitan.

Download borang pada pautan di atas, isikan dan emailkan kepada alamat email di atas.

Cetakan foto-foto lain boleh diusahakan mengikut permintaan jika ada.

ARTIKEL : Nasab Sumber Kekuatan Dzurriah

NASAB SUMBER KEKUATAN DZURRIAH

Sesungguhnya Allah dan Rasulnya memang menjaga Tariqah Alawiyah, tariqahnya para salaf ba’alawi (keturunan Nabi) yang masih murni, yang diajarkan turun temurun, dari datuk ke ayah hingga ke cucu-cucunya. Tidak pernah ada konflik kecuali yang melupakan/meninggalkan ajaran salafnya.

whatsapp-image-2016-09-27-at-9-27-41-pm
YM Habib Alidien As-Seggaf antara penjaga nasab dan pakar nasab yang menjadi rujukan bagi ahlulbait di nusantara ini (Malaysia & Indonesia).

APAKAH RAHSIA & KUNCI DISEBALIK SEMUA ITU?

Tiada lain ada pada hubungan NASAB nya, di dalam nasab inilah terkandung “Sirr & Keberkahan” dari para leluhurnya yang menjadi kunci kekuatan Bani Alawiyyin dan sekaligus sebagai sumber penyatuan mereka.  Jika seseorang yang kurang menghargai nasabnya, akan dengan sendirinya akan melupakan ajaran leluhurnya.

Di zaman para Salaf Ba’alawi terdahulu, seakan-akan tiada lagi ilmu yg penting kecuali ILMU NASAB, sehingga kedudukan ilmu ini begitu terhormat dan dipegang oleh Para Wali Quttub yang dikenali di zamannya. Mereka mencatat dengan Rapi & Sistematik semua kalangan marga2 dzurriah yang ada. Tidak ada satupun yang menganggap remeh & takut  dengan ancaman-ancaman yang memutuskan nasab suci ini (kafaah syarifah pun sangat terjaga). Akan tetapi begitu sayang dengan berjalannya waktu, kemuliaan ilmu nasab ini mula diabaikan, semakin kurang yang ingin mempelajarinya, para ahli nasab (pejuang nasab) tidak begitu diperhatikan & diabaikan. Yang pada akhirnya menampakkan menurunnya citra para sayyid & syarifah itu sendiri kerana tidak menghargai darah suci yg mengalir pada diri mereka.
Seiringan dengan itu, semaraknya para pemalsu nasab sehingga kemurniaan Nasab Keluarga Rasulullah terus dinodai. Akhirnya akan memusnahkan Dzurriah Nabi di Bumi Nusantara ini.

PENGHANCURAN SISTEMATIK KEMURNIAAN PENJAGAAN NASAB

Di penghujung abad 20, Para Orientalist menyelidiki tentang Pergerakan Dakwah dan Syiar Islam di Nusantara, mereka mengambil kesimpulan bahawa dakwah ini di motori oleh orang-orang yg datang dari Hadramaut. Sementara para Da’i dari Hadramaut itu serupa dengan Dzurriyah Nabi yakni para anak keturunan Rasulullah SAW.

Dalam berdakwah, mereka mempunyai satu garis komando (garis perintah) dalam pergerakannya. Para musuh2 Islam mengeluarkan banyak wang dan memakan waktu ratusan tahun untuk mencari jawapan dimana “GARIS KOMANDO PARA DZURRIYAH RASUL INI “.

Akhirnya Para Orientalist telah menyedari GARIS KOMANDO(kekuatan) nya adalah terletak pada TERJAGANYA KEMURNIAAN KESUCIAN NASAB KELUARGA DZURRIYAH RASUL.

Jadi untuk menghancurkan dan mencerai beraikan para dzurriyah Nabi Muhammad saw dalam berdakwah maka langkah yang paling awal adalah dengan  MEROSAKKAN DAN MENGHANCURKAN NASAB-NASAB.

Mereka sangat sedar ISLAM tidak mudah dihancurkan dengan fisik, tapi melalui proses memecah belah umat islam. Pelbagai cara mereka usahakan termasuk berselubung dalam golongan-golongan islam dan berupaya merosakkan sistem pemahaman islam dari dalam. Mereka sangat menyedari sumber kekuatan islam ada pada keturunan nabi, dimana sumber kekuatan para dzurriah ini ada pada NASABnya. Mereka mulai mengubah pemahaman umat tentang Nasab, Keturunan Nabi, Kafaah, Kemuliaan dan hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan para keturunan nabi ini.

Dengan faham Liberismenya (pluralisme, materialisme, sekuler, kebebasan berbicara, dll), mereka berhasil mengacaukan pandangan umat sesuai dengan kehendaknya.

Fakta-fakta yg terjadi dalam upaya mereka merosakkan Kesucian dan Kemurniaan Nasab ini adalah :

  1. Keberadaan individu pengurus Lembaga Nasab yang tidak ahli dalam bidang Ilmu Nasab.
  2. Dengan kehadiran Habib Palsu yang dekat dengan Tokoh Habaib ternama. •Dengan membangun pendapat, Ilmu Nasab tidak perlu dipelajari kerana sudah ada Lembaga Nasab yang rasmi, yang menyebabkan “Kebutaan orang terhadap Nasabnya sendiri”.
  3. Dengan merosakkan Pola Pikir Generasi Muda bahwa “Nasab tidak ada gunanya, semua manusia sama kecuali Taqwanya”.
  4. Tidak boleh berbicara NASAB kerana dikuatirkan menjadikan kita sombong, sehingga nasab dijadikan “PANTANG LARANG” dalam pembicaraan.
  5. Dengan membangun pendapat dalam masyarakat Alawiyyin bahawa yang berhak mengatur dan menjaga Nasab ini hanya satu Lembaga dan yang lain tidak Legal/Rasmi.

“Ilmu nasab, ilmu yang tidak semua orang mampu memahaminya, bahkan beberapa ulama ahli nasab, menyarankan agar jika ingin bicara nasab jangan di forum terbuka atau didepan masyarakat umum, sebab ilmu nasab adalah ilmu yang sulit dicerna, jangankan orang awam, para akademik pun akan sulit menghadapi.”

Abu Muhammad bin Ali bin Ahmad bin Said Al-Andalus didalam buku SEJARAH SILSILAH DAN GELAR KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW oleh Idrus Alwi Al-Masyhur :

“Bahawa pendapat sebagian manusia yang mengatakan ilmu nasab tidak bermanfaat dan tidak mengetahui ilmu nasab tidak membahayakan adalah pendapat yang batil”. Menurut beliau Ilmu Nasab itu adalah ilmu yang agung dan wajib bagi manusia untuk mempelajarinya.”

Dalam Mukadimah Al-Ansab, Al Sam’ani berkata:

“Dan ilmu salasilah nasab merupakan ni’mah yang besar dari Allah SWT, yang kerana hal itu ALLAH SWT memberikan kemuliaan kepada hambanya. Kerana dengan ilmu salasilah mempermudah untuk menentukan nasab-nasab yang terpisah-pisah dalam bentuk kabilah-kabilah dan kelompok-kelompok, sehingga dengan ilmu salasilah nasab menjadi sebab yang memudahkan penyatuan tersebut.”

Semoga nasab ini menjadi Pengerat Ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim dan menjadi perhatian seluruh umat islam dan KHUSUSnya buat kalangan sendiri (dzurriah).

Semoga ini menjadi renungan yang baik & diharapkan agar menjadikan nasab sebagai bahagian dari tauladan dalam hidup. Aamiinnnn…

artikel ini diterbitkan melalui perkongsian oleh YM Syed Idrus bin Syed Mustafa Al-Aydrus melalui group WhatsApp Asyraaf Malaysia (27 Sept. 2016)

©2016 uploaded by sansa al-idrus

 

ARTIKEL : Siapakah Ahlussunnah Wal Jama’ah?

CATATAN REHLAH DAKWAH AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID

habaib-masjid-tokku-2016

KEPUTUSAN MUKTAMAR “Siapakah Ahlussunnah Wal Jama’ah: Penjelasan dan Sifat Manhaj ASWJ; Akidah, Fiqh dan Akhlak, serta Akibat Penyimpangan darinya.”

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Sayyidina Muhammad ﷺ , Ahli Keluarga dan para Sahabat Baginda seluruhnya.

Pada malam Khamis, 21 Zulqaedah 1437H. (25 Ogos 2016), telah berlangsung Muktamar Ahlussunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Acara ini berlangsung di atas sokongan daripada Presiden Chechnya Ramzan Ahmed Kadyrov hafizahullah, turut dihadiri oleh Grand Shaikh Al-Azhar, para mufti dan lebih dari 200 ulama’ dari seluruh dunia.

HASIL DARIPADA MUKTAMAR :

[1] Menjadikan sambutan Grand Shaikh Al-Azhar sebagai piagam utama muktamar.

[2] Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah Asyairah dan Maturidiyah, termasuk Ahlul Hadith yang berpegangkan konsep تفويض (tidak mentakwilkan ayat-ayat mutasyabih) dalam Aqidah, dan empat mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali dalam Fiqh, serta ahli tasawuf yang murni – Ilmu dan akhlak serta Tazkiyah (mensucikan hati) — Sesuai dengan manhaj Imam Junaid dan para ulama yang menyelusuri jalannya. Iaitu manhaj yang menghargai seluruh disiplin ilmu yang berkhidmat kepada wahyu, yang telah benar-benar menyingkap ajaran-ajaran agama ini dan tujuan-tujuannya dalam menjaga jiwa dan akal, Dan menjaga agama dari penyimpangan serta dipermainkan, menjaga harta dan kehormatan, serta menjaga akhlak yang mulia.

[3] Al-Quran Al-Karim adalah bangunan yang dikelilingi oleh berbagai ilmu yang membantu menggali makna-maknanya, mengetahui tujuan-tujuannya yang menghantarkan manusia kepada ma’rifat kepada Allah SWT., mengeluarkan ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya, memindahkan kandungan ayat-ayatnya kepada pelaksanaan dalam kehidupan, peradaban, sastera, seni, akhlak, kasih sayang, ketenteraman, keimanan dan pembangunan, serta menyebarkan perdamaian dan keamanan ke seluruh dunia. Sehingga seluruh bangsa dan budaya serta peradaban yg berbeza-beza dapat melihat dengan jelas bahawa agama ini adalah rahmat bagi seluruh semesta alam, serta jaminan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

[4] Manhaj ASWJ adalah Manhaj Islam yang paling komprehensif dan tepat. Manhaj ini paling prihatin di dalam memilih sumber-sumber ilmiah dan metodologi pendidikan yang mencerminkan secara benar tentang cara berfikir seorang Muslim di dalam memahami syariat dan mengetahui kebenaran dengan pelbagai masalah serta cara mengharmonikan di antara kedua-duanya dengan baik.

[5] Institusi-institusi pendidikan Ahlussunnah Wal Jamaah telah berdiri sejak beberapa abad dan telah berjaya menghasilkan ratusan ribu ulama yang tersebar di seluruh penjuru dunia dari Siberia hingga Nigeria, serta dari Tangier hingga Jakarta. Mereka telah meraih pelbagai posisi dan jawatan, serta mengambil amanah di dalam tugas fatwa, keadilan, pendidikan dan penyuluhan agama, sehingga seluruh masyarakat menikmati keamanan. Mereka juga berhasil memadamkan api fitnah dan peperangan, sehingga keadaan negara menjadi stabil. Dan mereka pun telah menyebarkan ilmu dan pemahaman yang benar.

[6] Sepanjang sejarah, Ahlussunnah Wal Jamaah senantiasa memantau berbagai pemikiran yang menyimpang dan memantau tulisan dan konsep pelbagai kelompok. Kemudian mereka menimbang semua itu dalam parameter ilmu serta memberikan kritikan dan bantahan. Mereka juga senantiasa menunjukkan keberanian dan ketegasan dalam menghadapi berbagai bentuk penyimpangan. Mereka menggunakan ilmu-ilmu yang kukuh di dalam melakukan pemilihan dan pembetulan. Setiap kali Manhaj Ahlussuunnah Wal Jamaah tersebar secara aktif maka gelombang ekstremisme pasti akan surut. Sehingga, kondisi umat Islam stabil dan dapat kosentrasi dalam menciptakan sebuah peradaban. Akhirnya didapati para cendekiawan muslim yang menyumbang di dalam ilmu aljabar, ilmu hitung (arithmetic), trigonometri, ilmu geometri analitis, pecahan, algoritma, berat (massa), kedoktoran dan oftalmologi, psikiatri, onkologi, epidemi, embrio, ubat-ubatan, ensiklopedia farmasi, ilmu flora dan fauna, gravitasi, astronomi, lingkungan hidup, ilmu akustik, ilmu optik dan ilmu-ilmu lainnya. Itu semua adalah buah dari Manhaj Ahlussunnah Wal Jamaah yang tidak terbantahkan.

[7] Sehingga kini, pelbagai fahaman yang mengatakan fahaman mereka berdasarkan wahyu namun mereka terkeluar dari metodologi ilmiah yang benar dan ingin menghancurkannya, serta mengusik keamanan dan kenyamanan masyarakat. Gelombang pertama yang sesat dan membahayakan itu adalah Khawarij klasik hingga sampai pada Neo-Khawarij saat ini dari kalangan Salafi Takfiri dan ISIS serta semua kelompok radikal yang mengikuti aliran-aliran ekstrem. Dan kelompok-kelompok politik yang memiliki kesamaan iaitu distorsi, pemalsuan dan interpretasi yang salah terhadap ajaran agama ini. Akibatnya, mereka melahirkan puluhan konsep yang rancu dan interpretasi batil yang melahirkan takfir, penghancuran, pertumpahan darah dan yang merosakkan harta serta penodaan kemurnian Islam dan menyebabkan Islam diperangi dan dimusuhi. Hal inilah yang mewajibkan para ulama yg adil sebagai penanggungjawab agama ini untuk membersihkan Islam dari semua hal itu, berdasarkan sabda Nabi ﷺ dalam hadis sahih : “Ilmu ini dipikul oleh orang-orang yang adil dari setiap generasi, mereka membersihkan ilmu tersebut dari penyimpangan orang yang melampaui batas, kedustaan para pembuat kebatilan dan interpretasi orang-orang yang bodoh.”

[8] Dengan izin Allah, Muktamar ini merupakan titik balik yang berkah untuk meluruskan penyimpangan tajam yang berbahaya yang mendominasi pengertian “Ahlussunnah Wal Jamaah” setelah berbagai usaha pembajakan kalangan ektremis terhadap istilah ini dan membatasinya hanya pada diri mereka, dan mengeluarkan Ahlussunnah Yg sebenarnya dari golongan Ahlussunnah. Pelurusan penyimpangan ini dilakukan dengan mengaktifkan metode ilmiah yang kuat dan sahih yang diterapkan oleh institusi-institusi pendidikan kita yang besar yang merupakan benteng keamanan dalam membantah berbagai wacana takfiri dan ekstremis. Hal ini juga dilakukan dengan mengirimkan pesan-pesan keamanan, kasih sayang dan perdamaian ke seluruh penjuru dunia sehingga – dengan izin Allah – seluruh negeri kita kembali menjadi mimbar cahaya dan sumber hidayah.

CADANGAN DARIPADA MUKTAMAR :

[1] Membuat saluran TV yang meliputi seluruh Rusia untuk menyampaikan kemurnian Islam yang sebenarnya kepada seluruh warga agar berupaya memerangi ekstremisme dan terorisme.

[2] Pentingnya untuk menyedari kekuatan media sosial dan mencurahkan segenap kemampuan serta keahlian untuk memanfaatkan media-media tersebut secara serius dan aktif.

[3] Mengembalikan kesedaran institusi-institusi pendidikan berdasarakan eksistensi, sejarah dan manhajnya yang otentik dan telah teruji. Juga agar institusi-institusi tersebut mengajarkan kembali berbagai disiplin ilmu yang terpadu, yang mampu menciptakan para ulama yang mampu membimbing umat, mengatasi berbagai bentuk penyimpangan intelektual, menyebarkan ilmu pengetahuan dan perdamaian, serta menjaga tanah air.

[4] Meningkatkan perhatian untuk mengajarkan semua bidang ilmu keislaman, khususnya ilmu Usul Fiqh dan Ilmu Aqidah untuk memperbaiki cara dan meluruskan pemikiran dan melawan dalil-dalil yang menjadi dasar pengkafiran dan ateisme.

[5] Membangunkan pusat keilmuan yang kukuh di Republik Chechnya untuk memantau dan mengkaji kelompok-kelompok kontemporeri dan konsep-konsep dasarnya. Juga membuat pengkalan data yang sah sebagai cara untuk membantah dan mengkritik secara ilmiah berbagai pemikiran dan pendapat ekstrimis. Dan para hadirin di muktamar mengusulkan agar pusat keilmuan tersebut diberi nama “Tabshiir” (pencerahan).

[6] Perlunya meningkatkan kerjasama di antara berbagai lembaga ilmiah yang besar, seperti Al-Azhar Al-Syariif, Al-Qarawiyyin dan Zaitunah, juga antara pusat-pusat ilmu pengetahuan dan penelitian yang ada di dalamnya, juga dengan lembaga-lembaga keagamaan dan ilmiah di Federasi Rusia.

[7] Pentingnya membuka sistem pendidikan jarak jauh demi menyebarkan ilmu yang benar, yang dapat melayani sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.

[8] Memberikan saranan kepada seluruh pemerintah akan pentingnya mendukung lembaga-lembaga keagamaan dan pusat-pusat pendidikan yang bertunjangkan sifat kesederhanaan. Juga memperingatkan seluruh pemerintah akan bahayanya politik. Mereka perlu membuat perhubungan dengan Majlis Agama Islam agar masyarakat bersatu dan tidak berpecah.

[9] Pemerintah harus menetapkan undang-undang jenayah terhadap tindakan penyebaran kebencian dan provokasi fitnah serta kekacauan dalam agama Islam.

[10] Para peserta seminar merekomendasikan agar institusi Ahlussunnah yang besar -seperti Al-Azhar dan sejenisnya- untuk memberikan biasiswa bagi kaum Muslimin Rusia yang tertarik mendalami ilmu Islam.

[11] Muktamar ASWJ ini harus dianjurkan secara berkala dalam rangka mengkhidmah tujuan-tujuan yang mulia ini dan sebagai usaha untuk mengikuti berbagai tentangan yang muncul dan cara menghadapinya.

[12] Sebuah pasukan seharusnya dibentuk untuk memantau hasil daripada cadangan-cadangan yang diberi di dalam Muktamar ini.

Para peserta Muktamar ASWJ menyampaikan ucapan terima kasih yang sangat besar kepada Presiden Chechnya, Ramzan Ahmed Kadyrov, atas usahanya yang diberkahi Allah demi berkhidmat Al-Quran Yg Mulia dan Al-Sunnah Yg suci Semua.

Mari sama-sama mendoakan agar Allah memberikan taufik kepadanya untuk meneruskan perjuangan ayahandanya, Al-Syahid Syaikh Haji Ahmad Kadyrov, dalam memperjuangkan Islam sebenar dan kemanusiaan, serta membela akidah Ahlussunnah Wal Jama`ah. Semoga Allah Yang Maha Kuasa untuk memberikan rahmat dan ridha-Nya kepada Al-Syahid Syaikh Haji Akhmad Kadyrov (alm) dan memuliakannya di taman-taman Syurga. Dan semoga Allah menjaga Chechnya, dan menjaga keamanan, kemajuan serta kemakmurannya.
Para peserta Muktamar juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Presiden Chechnya atas kerjasamanya yang baik dengan panitia para penyelenggara, Lembaga Sosial Syaikh al-Syahîd Ahmed Kadyrov, Yayasan Sosial yang mendukung budaya Islam, ilmu pengetahuan dan pendidikan, Tabah Foundation, dan seluruh pihak yang turut serta di dalam mengikuti Muktamar ini.
Selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Baginda dan Maulana Muhammad ﷺ, pada seluruh Keluarga dan para Sahabat Baginda.

Grozny, Chechnya,
24 Zulqaedah 1437H

#darulmurtadza #zulhijjah #1437h #islam #iman #ehsan #habibalizaenalabidin #aqidah #akhlak #sunnah #aswj #grozny #chechnya #malaysiaku

http://www.darulmurtadza.com

artikel-wahabi-bh

Artikel ini diambil daripada perkongsian melalui group WhatsApp Asyraaf Malaysia (28 September 2016) & perkongsian oleh YM Ustaz Syed Suhaimi Al-Aydarus melalui group Sekretariat Haul Tokku Paloh (05 Okt. 2016) …

©2016 uploaded by sansa al-idrus

Siapakah itu HABAIB atau SYED?

SEDIKIT TENTANG SIAPAKAH ITU HABAIB DAN KENAPA MEREKA DIBERIKAN GELARAN HABIB

Para “Habaib” (seorang: Habib) atau “Sayyid” atau “Syed” merupakan gelaran yang dinisbahkan kepada keturunan Baginda SAW (Ahlul Bait). Mereka ini amat teliti dalam menjaga silsilah nasab keturunan. Ada yang menyimpan silsilah mereka masih dalam bentuk asal kulit-kulit unta dll. Guru kami YM Tan Sri Prof.Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas (hafizahullah) menyimpan silsilah keturunan beliau hingga ke Junjungan Mulia SAW. Begitu juga dengan Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

kamus-dewan-syed

Kemuliaan Ahlul Bait tidak perlu diulas panjang memadai dinyatakan bahawa mendoakan kepada mereka (aali Muhammad) dimasukkan dalam bacaan Tahiyyat Akhir solat kita. Itulah kemuliaan mereka hingga hari kiamat. Mungkin ada segelintir di kalangan mereka yang tersasar menjadi Syiah dan sebagainya, namun itu bukanlah hujah untuk menuduh kononnya dengan memuliakan para Habaib “selangkah menjadi Syiah” kerana manhaj Ahlul Sunnah wal Jamaah turut memuliakan para Ahlul Bait, namun tidaklah sampai sepertimana kemuliaan melampau yang ditunjukkan oleh puak Syiah.

Bagi mereka yang mengkaji sejarah Nusantara Melayu ini pasti akan merasa terhutang budi kepada para Habaib kerana asbab merekalah risalah Islam tersebar hingga ke Nusantara ini. Nama-nama seperti Sheikh Abdullah Arif, Sheikh Burhanudin, keluarga Ahmad bin Isa al-Muhajir dll dari Hadramawt merupakan nama-nama yang banyak berjasa membawa Islam ke Alam Melayu ini. Bacalah monograf “Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago” atau “Historical Fact and Fiction” oleh YM Prof. Naquib al-Attas yang telah menekuni manuskrip-manuskrip awal kedatangan Islam ke Alam Melayu untuk memahami bagaimana proses Islamisasi di Nusantara Melayu ini bermula oleh para Habaib Hadhramawt.

Pada ketika para Habaib datang ke Nusantara Melayu ini seawal kurun ke 10Hijrah/16Masehi, penduduk di nusantara ini sebahagiannya beragama Hindu, ada juga Buddha dan Animisme. Bayangkan apa agama kita hari ini tanpa kehadiran mereka? Sungguh amat kita terhutang budi kepada mereka yang merantau jauh membawa Islam. Mereka bukan pedagang biasa sepertimana yang sebahagian kita sering disogokkan, tetapi Prof. Naquib mengatakan mereka adalah “para daie yang mempunyai misi” menyebarkan dakwah Islam ke seluruh alam. Dan itulah juga peranan Habaib hingga ke hari ini — Dakwah!

Ribuan yang telah memeluk Islam di tangan Habib Umar bin Hafiz, Habib Ali al-Jifri dan para Habaib yang lain.

Habaib tidak maksum. Namun sungguh amat celupar dan biadap golongan yang mentohmah keturunan Habaib dengan pelbagai tohmahan hanya kerana ada segelintir daripada mereka yang menyeleweng atau mengikuti Syiah.

Moga-moga Allah SWT menempatkan kita bersama Baginda SAW dan para Ahlul Baitnya dalam Syurga Firdausnya.
(المرء مع من أحب)

🌸ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🍃ٍ
🍃ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🌸ٍ
🌸ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🍃ٍ
🌸ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🍃ٍ
🍃ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🌸ٍ
🌸ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🍃ٍ
🌸ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ🍃ٍ

 

Artikel ini diambil daripada perkongsian oleh YM  Syed Zainal melalui group WhatsApp Asyraaf Malaysia (12 Mei 2016)

ARTIKEL : Nikmat Nasab dan Tanggungjawab.

NIKMAT NASAB DAN TANGGUNGJAWAB.

Antara nikmat terbesar yang dikurniakan Allah adalah Nikmat Annasab- Nikmat Nasab kepada junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Nikmat yang besar kerana ia adalah rahsia daripada kehendak Allah Taala untuk memilih berdasarkan Ilmu Allah untuk memuliakan sebahagian makhluk lebih dari makhluk yang lainnya.

seminar-nasab-24092016
Seminar Nasab, Kafaah & Siapakah Ahlulbait di Dewan Imam Abdullah Ibn Alawi Al Haddad @ Al Huda FC Kuantan pada 24 Sept. 2016

Ia adalah hak Allah untuk memilih dan Allah tidak boleh dipersoal atas pilihannya. Seumpama Allah memilih bumi daripada sekalian makhluk untuk didiami oleh manusia. Dan Allah memilih sebagian malaikat dari sekalian malaikat yang banyak untuk dimulia yakni 10 malaikat.

Dan Allah memilih sebagian manusia yang dimuliakan lebih dari manusia yang lain. Yakni nabi-nabi dan dipilih 25 dari mereka sebagai Rasul. Kemudian memilih 5 Ulul azmi dari 25 rasul. Dan memilih 1 dari 5 yakni Rasulullah untuk menjadi manusia termulia dikalangan manusia.

Para nabi tidak protes kepada Allah kenapa ada yang lebih mulia dari mereka. Nabi Adam r.a tidak protes kenapa Nabi Musa lebih mulia dari beliau. Nabi Musa tidak protes kenapa Nabi Muhammad lebih dimuliakan Allah. Kerana tahu bahagian mereka masing-masing yang Allah tentukan mengikut ilmu Allah tidak layak Allah untuk dipersoal.

Makanya tidak sopan orang yang tidak mendapat nikmat nasab mempersoal akan mereka-mereka yang mendapat nikmat nasab. Kerana ia hak Allah.

Dan ketahuilah nikmat nasab bukan untuk dibangga. orang yang diberikan nikmat nasab akan dipersoal akan nikmat nasabnya dan orang yang tidak mendapati nya juga akan dipersoal akan tanggungjawabnya.

Ketahuilah nikmat nasab ini adalah sangat besar bahawa nasab ini bersambung kepada Rasulullah hingga ke akhirat. sesungguhnya Rasulullah bersabda “sesungguhnya tiap-tiap sebab /sihr dan nasab akan terputus kecuali sebab /sihr dan nasab aku.

Wahai ittrati nabi wahai ahlul baytin nabi.. hendaklah kamu selalu membawa dirimu selari dengan al-Quran. Kerana kamu semua adalah pasangan kepada al-Quran. Dalam khudbah terakhir Rasulullah bersabda “aku tinggalkan dua perkara yang amat berat buat kamu. Al-Quran yang menjadi tali yang besambung dengan Allah dan juga Ittrahku. (hadis muslim)

Untuk selari dengan Al-Quran maka handak kita berilmu. Tidak akan selari kita dengan Al-Quran tanpa ilmu.

Sesungguhnya Rasulullah tidak meninggalkan kita dinar dan sen kecuali ilmu. Ilmu itu warisan baginda untuk kita maka rebutlah ia. Dan wajib atas semua ahlul bayt itu berilmu dan mencari ilmu.

Sesungguhnya itulah tanggungjawab terbesar kita sebagai ahlul bayt. Mencari Ilmu dan menyebarkan ilmu.

Sebarang urusan atau pertanyaan berkenaan hal Nasab & Kafaah boleh diajukan kepada YM Ustaz Syed Mohd Fadhil Al-Aydrus melalui email syfadhil72@yahoo.com

Artikel ini disumbangkan oleh YM  Ustaz Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus (28 Julai 2016 melalui group WhatsApp AJK Asyraaf Terengganu)

©2016 uploaded by sansa al-idrus

MANAQIB : Sayyid Abdul Rahman Bin Mohammad Al Aydarus @Tok Ku Paloh (1817M – 1918M)

 

Mengenali Tokoh Ulama Terengganu & Pejuang Kemerdekaan :

 

Nama penuh Tok Ku Paloh ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin Al Aydarus. Sayyid Abdul Rahman Al Aydarus juga mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Kecil, Tuan Kecil dan Syaikh al-Islam Terengganu.

Tok Ku Paloh juga pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan sekali gus sebagai penasihat Sultan Zainal Abidin III. Ayahanda Tok Ku Paloh pula adalah Sayyid Muhammad(1295 H) bin Zainal Abidin(1211 H) bin Hussain(1200 H) bin Mustafa(1164 H) bin Sheikh(1157 H) bin Muhammad Mustafa(1101 H) bin Ali Zainal Abidin Al Aydarus(1041 H) yang juga lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar Syaikh al-Ulama Paduka Indera pada zaman pemerintahan Baginda Omar.

Tok Ku Paloh merupakan anak kedua daripada perkahwinan Tok Ku Tuan Besar dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Sayyid Zain Al Aydarus yang digelar dengan Engku Sayyid Seri Perdana yang merupakan Menteri Besar di zaman Baginda Omar, Sayyid Ahmad al-Akbar Al Aydarus digelar Tuan Ngah Seberang Baroh, Sayyid Mustafa Al Aydarus yang digelar Tuan Dalam dan juga merupakan ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Sayyid Abu Bakar Al Aydarus atau digelar dengan nama Tuan Embong Solok , Sayyid Ahmad Al Aydarus yang dikenali sebagai Tuan Sayyid, Sayyid Abdul Kadir Al Aydarus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Syaikh As-Sadah, Sayyid Hassan Al Aydarus yang dikenali Tuan Senik dan Sayyid Hussain Al Aydarus juga digelar Tuan Muda.

Manakala adik beradik perempuannya pula terdiri daripada Tuan Nik, Tuan Teh, Tuan Hitam , Tuan Nek, Tuan Puteh, Tuan Debak,Tuan Saripah, Tuan Kembang dan Tuan Wook @ Syarifah Mariam. Tok Ku Paloh dilahirkan kira-kira pada tahun 1236H/1817M di Cabang Tiga iaitu berhampiran dengan kawasan Masjid Tok Ku di Cabang Tiga. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang Sultan silih berganti dan beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Oleh kerana Sayyid Abdul Rahman Al Aydarus atau Tok Ku Paloh berasal daripada keturunan ‘Sayyid’, maka sudah menjadi satu tradisi keturunan itu lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka.

Bapa beliau, Sayyid Muhammad Al Aydarus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal Islam di negeri Terengganu. Sehubungan itu, Sayyid Abdul Rahman Al Aydarus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri. Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Sayyid Abdul Rahman Al Aydarus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Manakala Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu semasa zaman remaja mereka.

Tok Syaikh Duyong amat menyayangi Tok Ku paloh kerana anak muridnya itu amat taat, alim, warak dan mempunyai ciri-ciri ketokohan dalam bidang keagamaan dan memiliki karamah. Selepas itu, Tok Ku Paloh melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di sana beliau bersahabat dengan Syaikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani yang juga merupakan anak kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Makkah ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Tok Ku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawuf dan tarekat. Dalam hal ini, beliau telah mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian. Setelah berada di Makkah selama 10 tahun, Tok Ku Paloh pulang sebagai seorang tokoh ulama besar, seorang yang amat warak dan juga terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan tarekat Naqsyabandiyyah. Setelah pulang dari Makkah, Tok Ku Paloh telah memulakan pengajarannya di masjid Tok Ku, Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan sahaja dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan, malah berjihad menentang kemungkaran dan penjajahan British.

Selepas itu, Tok Ku Paloh telah berpindah ke Kampung Paloh dan terus memusatkan aktivitinya di sana sehingga Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani. Di Paloh, beliau telah meluaskan lagi pengajarannya dan mula dikenali sebagai Tok Ku Paloh setelah dikurniakan kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin III. Tok Ku Paloh mengajar ilmu agamanya di sebuah surau berhampiran rumahnya yang akhirnya dikenali sebagai “Surau Tok Ku”. Semenjak itu, Kampung Paloh menjadi tumpuan ramai dan kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada penduduk kampong di sekitarnya, malah ia menjadi masyhur ke seluruh Nusantara. Di antara anak murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III, Haji Abdul Rahman Limbung, Tuan Haji Muhammad Shafei Losong, Sayyid Saggaf(Engku Kelana DiRaja) bin Sayyid Abdul Rahman Al Idrus, Haji Dollah Langkawi , Haji Muhammad Syam Pahang, Sayyid Abu Bakar (Tuan Embong) bin Sayyid Abdul Rahman Al Idrus,dan Sayyid Aqil (Engku Seri Bijaya Sura) bin Sayyid Abdul Rahman Al Idrus.

Tok Ku Paloh ialah seorang ulama yang mempunyai darah kepahlawanan yang tulen dan beliau tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III.

Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada SultanTerengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu. Tok Ku Paloh wafat pada bulan 1 hb Zulhijjah 1336 H/ 6 hb September 1918 M dan dimakamkan di tanah perkuburan “Makam Tok Ku Paloh” yang terletak berhampiran dengan rumah dan suraunya. Pemergian beliau bukan sahaja dirasai oleh penduduk Kampung Paloh, malah turut dikongsi oleh seluruh penduduk negeri Terengganu. Ketokohan beliau amat sukar dicari ganti dan belum juga ditemui setakat ini iaitu setelah hampir satu abad pemergiannya. Tok Ku Paloh tidak ketinggalan menghasilkan beberapa buah kitab. Di antaranya kitab yang diberi judul Ma’arij al-Lahfan Lil Taraqqi Ila Haqaiq Al Irfan yang bermaksud tangga orang yang sangat dahaga untuk naik kepada hakikat-hakikat pengenalan. Ia merupakan sebuah kitab yang mengandungi intisari ilmu tasawuf dan tarekat. Begitulah perjuangan Tok Ku Paloh yang begitu gigih menegakkan kalimah Allah di bumi Terengganu Darul Iman dalam pelbagai bidang kehidupan ummah sebagai seorang ulama, pentadbir, penasihat dan juga seorang pejuang yang berani untuk agama, bangsa dan negara.

 

banner-masjid-tok-ku-paloh-2016
Antara Jadual Kuliah Agama mingguan di Masjid Tok Ku Paloh sebagai kesinambungan usaha dakwah secara berterusan kepada seluruh masyarakat setempat.

Artikel ini disumbangkan oleh YM  Ustaz Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus (29 Ogos 2016)

© 2016 uploaded by sansa al-idrus

Senarai Aktiviti Asyraaf Pahang

Berikut adalah senarai aktiviti Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Pahang :

  1. Majlis mahabbah Aidilfitri 1435H.
  2. Majlis Maulidul Rasul.
  3. Majlis Ta’lim.
  4. Majlis lawatan Persatuan Kebajikan Asyraaf Cawangan Negeri Sembilan.
  5. Sumbangan mangsa banjir di Tekal dan Cenor.
  6. Sumbangan kepada fakir miskin.
  7. Majlis bersama AI Hadad Marketing.
  8. Perjumpaan ahli Asyraaf Pahang di Dewan Belia Pahang.
  9. Majlis Hol Syed Abdul Rahman
  10. Khemah lbadah di Podok Sungai Ling.
  11. Tazkirah  agama   di  masjid-masjid.
  12. Menyertai dalam seminar agama.

Sumber : SU Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Pahang

Status Keahlian Asyraaf Negeri Sembilan

Berikut adalah senarai keahlian Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Cawangan Negeri Sembilan) untuk semakan dan rujukan ahli-ahli yang berdaftar.

Senarai ini adalah untuk percubaan paparan sahaja dahulu (dikemaskini setakat 24 April 2016).

Papar Ahli Asyraaf N9 update 25042016_Page_1Papar Ahli Asyraaf N9 update 25042016_Page_2Papar Ahli Asyraaf N9 update 25042016_Page_3

Senarai yang terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insya-ALLAH.

  • Status keahlian setakat 24 April 2016 ialah seramai 65 orang berdaftar termasuk ahli bersekutu.

Sila maklumkan kepada SETIAUSAHA PERSATUAN mengikut cawangan masing-masing sekiranya terdapat pembetulan seperti nama atau perubahan maklumat seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Bagi tujuan perlindungan data peribadi, no. K/P dan no. telefon bimbit tidak dipaparkan dalam laman web ini.

Syukran jazilan.

Perlembagaan Asyraaf Malaysia

Berikut adalah Perlembagaan Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia.

Paparan terbaik adalah melalui komputer desktop.

PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_01
Perlembagaan Asyraaf p01

 

PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_02
Perlembagaan Asyraaf p02
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_03
Perlembagaan Asyraaf p03
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_04
Perlembagaan Asyraaf p04
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_05
Perlembagaan Asyraaf p05
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_06
Perlembagaan Asyraaf p06
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_07
Perlembagaan Asyraaf p07
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_08
Perlembagaan Asyraaf p08
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_09
Perlembagaan Asyraaf p09
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_10
Perlembagaan Asyraaf p10
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_11
Perlembagaan Asyraaf p11
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_12
Perlembagaan Asyraaf p12
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_13
Perlembagaan Asyraaf p13
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_14
Perlembagaan Asyraaf p14
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_15
Perlembagaan Asyraaf p15
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_16
Perlembagaan Asyraaf p16
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_17
Perlembagaan Asyraaf p17
PERLEMBAGAAN ASYRAAF MALAYSIA 18042016_Page_18
Perlembagaan Asyraaf p18

Senarai Aktiviti Asyraaf Negeri Sembilan 2014-2015

Berikut adalah senarai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Cawangan Negeri Sembilan).

 

TARIKH

MAJLIS LOKASI PROGRAM TUAN RUMAH

TETAMU

12.04.2014 Himpunan Seribu Jamaah Kota Baharu, Kelantan Al Jamiatul Khairiah dan Persatuan Al Amin Jemputan
12.05.2014 Majlis Kunjung Hormat AJK Asyraaf Negeri Sembilan terhadap Tunku Besar Tampin Surau Kediaman Tunku Besar Tampin Y.M.Tunku Besar Tampin Jemputan
02.06.2014 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah Surau Al Islah, Kampung Sentosa Paroi. Asyraaf Negeri Sembilan Penduduk sekitar Kampung Sentosa dan Ahli Asyraaf
15.06.2014 Majlis Tampin Berselawat “Rasulullah Dicintai Ramadhan Dinanti” Padang Awam Tampin Asyraaf Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Tampin Masyarakat sekeliling – khususnya penduduk Tampin
12.07.2014 Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa No 388 Jalan 11, Lavendar Height Seremban Tuan Syed Muhammad Bin Abdullah Al Habsyi Jemaah Asyraaf Negeri Sembilan
17.07.2014 Berbuka Puasa, Majlis Tahlil dan jemaah Terawih. Surau Kediaman Tunku Besar Tampin Y.M.Tunku Besar Tampin Jemaah Asyraaf Negeri Sembilan
24.07.2014 Majlis berbuka puasa dan solat jemaah Tarawih Surau Al Islah, Kampung Sentosa Paroi. AJK Surau Al Islah & Asyraaf Negeri Sembilan Masyarakat sekeliling – khususnya penduduk Kg. Sentosa
24.08.2014 Majlis Sambutan Hari Raya 1435 Hijrah (2014) Homestay No 73/50 Gedung Lalang Ampangan Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan Habaib Negeri Sembilan
07.09.2014 Program Malam Cinta Rasul Dan Doa Untuk Malaysia = ”Rasulullah Dicintai Kemerdekaan Dihargai’. Masjid Bagan Pinang, Port Dickson Asyraaf Negeri Sembilan, AJK Masjid Bagan Pinang dan Jab. Agama Port Dickson Masyarakat sekeliling – khususnya penduduk Port Dickson
18.10.2014 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah :No. 1346 Jalan Semarak 35,Taman Panchor Jaya Fasa 6, Rumah Tuan Syed Abd Rahim Ahli Asyraaf dan keluarga
25.10.2014 Majlis Maulud, Aqiqah, Tahlil Arwah dan Kenduri kesyukuran. No 49 Jalam D’Latania 1, Taman Bandar Senawang Rumah Tuan Syed Loqman Bin Syed Omar Jemaah Asyraah Negeri Sembilan
22.11.2014 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah N0 28 Jln Desa, Desa Orkid Senawang Rumah Tuan Syed Badruttamam Ahli Asyraaf dan keluarga
13.12.2014 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah :No. 1346 Jalan Semarak 35,Taman Panchor Jaya Fasa 6, Rumah Tuan Syed Abd Rahim Ahli Asyraaf dan keluarga
10.01.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah Taman Perwira Sikamat Seremban Rumah Tuan Syed Mustafa Ahli Asyraaf dan keluarga
23.01.2015 Bantuan dan Ziarah Mangsa Banjir di Kg. Kuala Tekal Temerloh Masjid Kg. Kuala TekalTemrloh Asyraaf Negeri Sembilan Jemaah Asyraah Negeri Sembilan
14.02.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah No 7 Taman Zaitun Ampangan Seremban. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
01.03.2015 Majlis Bacaan Maulid Ad Daibae Surau As Salam Taman Panchor Jaya Surau As Salam, Taman Panchor Jaya & Asyraaf Penduduk Taman Panchor Jaya dan Asyraaf
21.03.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
25.03.2015 Majlis Taalim Syabab- Nasihat Agama Dan Wasiat Iman Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Pemuda Asyraaf
03,4 & 5.03.2015 Program Ziarah ke Temerloh, Kuantan dan Pekan, Pahang Temerloh (rumah Dato’ Muhd Nor Al Idrus dan Ami Muhd Ben Yahya) serta sekitar Kuantan dan Pekan Pahang. Asyraaf Negeri Sembilan  
05.04.2015 Majlis Bacaan Maulid Ad Daibae Surau As Salam Taman Panchor Jaya Surau As Salam, Taman Panchor Jaya & Asyraaf Penduduk Taman Panchor Jaya dan Asyraaf
18.04.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
22.04.2015 Majlis Taalim Syabab- Nasihat Agama Dan Wasiat Iman Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Pemuda Asyraaf
03.05.2015 Majlis Maulid Bulanan Asyraaf. Surau As Salam Taman Panchor Jaya Surau As Salam, Taman Panchor Jaya & Asyraaf Penduduk Taman Panchor Jaya dan Asyraaf
16.05.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
05.06.2015 Majlis Maulid , Selawat dan Ceramah oleh Tuan Syed Ali Zainal Abidin AL Kaff Masjid Jame’ Tampin, Bandar Tampin Masjid Jame’ Tampin dan Asyraaf N.S., Asyraaf. Masyarakat sekeliling – khususnya penduduk Tampin.
11.06.2015 Majlis Selawat dan Ceramah oleh Tuan Syed Ali Zainal Abidin AL Kaff Masjid Quarters KLIA, Nilai Masjid Quarters KLIA, Asyraaf Masyarakat sekeliling – khususnya penduduk KLIA Nilai.
15.06.2015 Majlis Selawat dan Ceramah oleh Tuan Syed Ali Zainal Abidin AL Kaff Kem Latihan Askar Port Dickson ATM, Asyraaf Masyarakat sekeliling – khususnya penduduk Port Dickson
16.06.2015 Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil. Surau Kediaman Tunku Besar Tampin Y.M.Tunku Besar Tampin Ahli Asyraaf dan keluarga
06.07.2015 Majlis Berbuka puasa dan Solat Terawikh berjemaah Surau Kediaman Tunku Besar Tampin Y.M.Tunku Besar Tampin Ahli Asyraaf dan keluarga
12.07.2015 Sambutan Majlis Khatam Quran dan Solat Terawikh berjemaah Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
01.08.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
13.09.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah. Penceramah jemputan : Habib Mahdi Al Hamid. Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
17.10.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah. Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
07.11.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah. Asyraaf Center -No 98/50 Gedung Lalang Ampangan. Asyraaf Negeri Sembilan Ahli Asyraaf dan keluarga
05.12.2015 Majlis Taklim. Kitab : Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Hidayatul Hidayah. No 388 Jalan 11, Lavendar Height Seremban Tuan Syed Muhammad Bin Abdullah Al Habsyi Ahli Asyraaf dan keluarga

Foto-2014-2015-Asyraaf-NS-Aktiviti