Mahabbah Aidilfitri Ahlul Bait 1436/2015

Resize of Album Aidilfitri 13082015 web

Syukur, Alhamdulillah Majlis Mahabbah Aidilfitri Ahlul Bait di pantai timur telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 08 Ogos 2015 (Sabtu) bersamaan 23 Syawal 1436. Majlis ini telah dianjurkan secara bersama oleh Asyraaf Terengganu dan Asyraaf Pahang demi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan ahlul bait bagi kedua-dua negeri khususnya dan seluruh Malaysia amnya.

Program yang berlangsung di Maahad Tahfiz Darul Uloom Al-Islamiah, Kampung Bukit Takal, 24000 Kemaman, Terengganu penuh dengan suasana mahabbah dan kekeluargaan dengan pengisian tausiyah untuk mengeratkan lagi silaturrahim serta dapat saling mengenali di kalangan ahlul bait Terengganu & Pahang serta Malaysia amnya.

Pengisian tausiyah telah disampaikan oleh Habib Alidien As-Saggaf, tetamu khas dari Indonesia.

Manakala program sebelah waktu petang telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 bagi Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia. Mesyuarat dirasmikan oleh Y. B. Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang.

Secara keseluruhannya majlis telah mencapai objektif dan mendapat sambutan yang begitu meriah dan amat baik di kalangan ahlul bait yang hadir.

Mesy. Agung Pusat Ke-11 2015

AgzItHTIOwympQoMxzAzQeEBNh2MaM67-RljlFmPG5R1             AqFW3-m_GVxUpZI28kK42y77XBBRo-ZRldpWYamdBbdu AmEUY57IlzzEdZ5fIAq6ghrodv33COg6FTfuPsYaMksfAvnY-MJ-JfZsZDD9s1m5HuxKWq9lzF4DnLhKiGY73uVs App97rh60INiiUipE1jRQuZLC_laruK1N9AFjAdCw9oC

photo_2015-07-24_11-07-06                     Kad Raya Asyraaf 2015 p2

One thought on “Mahabbah Aidilfitri Ahlul Bait 1436/2015

Tinggalkan komen