Kelab mencari jodoh yang dinamakan “Itrotunaa” adalah satu lujnah baru wujud di bawah Persatuan Kebajikan Asyraaf Terengganu dengan tujuan utamanya untuk menjadi jambatan untuk menemukan Syed dan Sharifah yang sedang mencari jodoh.
Dialu-alukan kepada ahlulbait (lelaki dan wanita : bujang, duda atau janda) yang ingin mencari jodoh, boleh menyertai program “itrotunaa” ini dengan mengisi borang @ hantarkan sahaja maklumat peribadi kepada alamat email atau whatsapp sebagaimana yang tertera pada iklan di atas.
Program ini bertujuan untuk menyelamatkan golongan ahlul bait daripada memilih orang ahwal dalam perkahwinan mereka.. Sama-sama lah kita kempen keluarga kita demi kasih sayang dan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah S.A.W. dan seluruh ahlulbaitnya.
“Siapa lagi yang akan membela jika kita sendiri tidak ingin membela ahlulbait Rasulullah S.A.W.”
“Tidak kenal maka tidak menyintai, maka di sinilah pentingnya kesedaran diri dan ilmu pengetahuan secukupnya demi memelihara kafaah dan nasab keturunan yang mulia ahlulbait Rasulullah S.A.W.”
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari keturunan Ismail, memilih Quraish dari Kinanah, memilih Bani Hashim dari Quraish dan memilihku dari keturunan Bani Hashim.” (hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Tarmizi dan lain-lain)
Setiap anak akan dinasabkan kepada bapanya kecuali zuriat Sayyidatina Fatimah r.a. sepertimana hadis sahih yang berasal daripada Jabir r.a. dan telah diketengahkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan Abu Ya’la di dalam Musnad, menegaskan bahawa Sayyidatina Fatimah r.a. meriwayatkan ayahandanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : ” Semua anak Adam yang dilahirkan oleh seorang ibu termasuk di dalam suatu ‘usbah (kelompok dari satu keturunan) kecuali dua orang putera Fatimah, Akulah wali dan ‘usbah mereka berdua.”
Dalam hadis sahih yang lain baginda Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Fatimah itu secebis daging (sebahagian) dariku, maka barangsiapa yang menyakitinya maka bererti dia menyakitiku.” (hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)
… maka barang siapa yang menyakiti anak cucu keturunannya bermakna dia telah menyakiti juga Kekasih Allah (Rasulullah s.a.w.) serta terdedah kepada murka Allah s.w.t., wallahua’lam…
“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ


Assalamualaikum
Tuan
Saya ingin berdaftar sebagai ahli persatuan.
Soalan saya perlukah saya menunjukan salasilah nasab kepada tuan untuk menjadi ahli persatuan.saya dari jalur nasab ahmad bin abu bakar aljufri
LikeLike
Wa ‘alaikumussalam wrh. wbt.,
Terima kasih atas persoalan dan minat untuk menjadi ahli persatuan yang berdaftar. Buat masa ini, proses pendaftaran adalah melalui Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Asyraaf Negeri yang aktif (Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu & Sarawak).
Kaedah pendaftaran adalah secara manual dengan mengisi borang pendaftaran ahli beserta dengan bayaran yuran keahlian sekali seumur hidup sebanyak RM12.00 (Dua Belas Ringgit Sahaja) diserahkan kepada Setiausaha atau Bendahari Persatuan yang sedang aktif.
Alternatifnya, pihak admin sedang berusaha untuk ‘upload’ Borang Pendaftaran Ahli yang boleh dimuat turun melalui laman web ini dalam masa terdekat. Sila rujuk ke ruangan “HUBUNGI KAMI” untuk sebarang pertanyaan berkaitan.
Sekian, terima kasih.
LikeLike