Buat sementara waktu, semua para Saadah yang belum berdaftar sebagai ahli boleh memohon pendaftaran sebagai ahli baharu melalui kaedah berikut :
- Dapatkan Borang Permohonan Ahli daripada Setiausaha Persatuan Kebajikan Asyraaf Negeri yang aktif seperti negeri Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak.
- Bagi negeri-negeri lain yang belum mempunyai cawangan boleh mendaftar dengan mana-mana cawangan negeri yang aktif seperti di no.1
- Ahli-ahli yang berdaftar mengikut cawangan negeri tersebut secara automatiknya akan berdaftar sebagai Ahli Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia.
Pihak admin sedang giat berusaha untuk memudahkan proses pendaftaran serta pembayaran yuran @ sumbangan ahli secara atas talian @ on-line registration & on-line transfer pada masa akan datang, insya-Allah.
Secara alternatif, borang keahlian juga boleh dimuat turun melalui laman web ini.
- Borang Ahli Asyraaf Terengganu 2018 atau Borang Asyraaf Malaysia (Caw. Terengganu) ATAU
- Borang Asyraaf Malaysia
Selepas selesai muat turun borang,
- Cetak borang secara manual selepas dimuat turun (boleh guna salah satu daripada mana-mana borang di atas).
- Isi dan lengkapkan borang permohonan beserta dengan FOTO BERUKURAN PASSPORT DAN BAYARAN SEBANYAK RM12.00 (Dua Belas Ringgit Sahaja).
- Bagi maklumat sokongan atau pencadang boleh diisikan nama ahli Asyraaf yang telah berdaftar & mengenali pemohon untuk rujukan persatuan.
- Hantar secara pos atau by hand kepada Setiausaha (SU) Persatuan Kebajikan Asyraaf Negeri yang berkenaan/berhampiran atau ke alamat :
YM Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus
Setiausaha, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia (Cawangan Terengganu),
No. 171, Kampung Gong Kapas,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
ATAU emailkan borang yang lengkap diisi (scan @ snap photo) kepada syfadhil72@yahoo.com

Assalamualaikum. Nama saya Sharifah Munirah Binti Syed Mohd Azmi. Saya ingin bertanya bagaimanakah saya boleh tahu tentang jenis Qabilah saya. Selalunya, nama qabilah ada disertakan dalam nama di kad pengenalan tetapi tidak ada pada nama saya. Saya terpisah dari keluarga ayah sejak kecil.
LikeLike
Wa ‘alaikumussalam wrh. wbt.,
Bagi pihak admin persatuan, mohon maaf atas kelewatan membalas pertanyaan ini.
Puan boleh hubungi SU Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Cawangan Terengganu, YM Ustaz Syed Mohd Fadhil untuk urusan berkaitan pengesahan nasab melalui email syfadhil72@yahoo.com
Puan boleh dapatkan nombor telefon YM Ustaz Syed Mohd Fadhil secara personal melalui email tersebut jika berkeperluan, insya-Allah.
Puan juga boleh merujuk kepada AJK Lembaga Nasab melalui laman facebook berikut :
https://www.facebook.com/MaktabAlBatulMalaysia/?ti=as
Sekian, terima kasih.
webmaster
Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia
LikeLike