NIKMAT NASAB DAN TANGGUNGJAWAB.
Antara nikmat terbesar yang dikurniakan Allah adalah Nikmat Annasab- Nikmat Nasab kepada junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Nikmat yang besar kerana ia adalah rahsia daripada kehendak Allah Taala untuk memilih berdasarkan Ilmu Allah untuk memuliakan sebahagian makhluk lebih dari makhluk yang lainnya.

Ia adalah hak Allah untuk memilih dan Allah tidak boleh dipersoal atas pilihannya. Seumpama Allah memilih bumi daripada sekalian makhluk untuk didiami oleh manusia. Dan Allah memilih sebagian malaikat dari sekalian malaikat yang banyak untuk dimulia yakni 10 malaikat.
Dan Allah memilih sebagian manusia yang dimuliakan lebih dari manusia yang lain. Yakni nabi-nabi dan dipilih 25 dari mereka sebagai Rasul. Kemudian memilih 5 Ulul azmi dari 25 rasul. Dan memilih 1 dari 5 yakni Rasulullah untuk menjadi manusia termulia dikalangan manusia.
Para nabi tidak protes kepada Allah kenapa ada yang lebih mulia dari mereka. Nabi Adam r.a tidak protes kenapa Nabi Musa lebih mulia dari beliau. Nabi Musa tidak protes kenapa Nabi Muhammad lebih dimuliakan Allah. Kerana tahu bahagian mereka masing-masing yang Allah tentukan mengikut ilmu Allah tidak layak Allah untuk dipersoal.
Makanya tidak sopan orang yang tidak mendapat nikmat nasab mempersoal akan mereka-mereka yang mendapat nikmat nasab. Kerana ia hak Allah.
Dan ketahuilah nikmat nasab bukan untuk dibangga. orang yang diberikan nikmat nasab akan dipersoal akan nikmat nasabnya dan orang yang tidak mendapati nya juga akan dipersoal akan tanggungjawabnya.
Ketahuilah nikmat nasab ini adalah sangat besar bahawa nasab ini bersambung kepada Rasulullah hingga ke akhirat. sesungguhnya Rasulullah bersabda “sesungguhnya tiap-tiap sebab /sihr dan nasab akan terputus kecuali sebab /sihr dan nasab aku.
Wahai ittrati nabi wahai ahlul baytin nabi.. hendaklah kamu selalu membawa dirimu selari dengan al-Quran. Kerana kamu semua adalah pasangan kepada al-Quran. Dalam khudbah terakhir Rasulullah bersabda “aku tinggalkan dua perkara yang amat berat buat kamu. Al-Quran yang menjadi tali yang besambung dengan Allah dan juga Ittrahku. (hadis muslim)
Untuk selari dengan Al-Quran maka handak kita berilmu. Tidak akan selari kita dengan Al-Quran tanpa ilmu.
Sesungguhnya Rasulullah tidak meninggalkan kita dinar dan sen kecuali ilmu. Ilmu itu warisan baginda untuk kita maka rebutlah ia. Dan wajib atas semua ahlul bayt itu berilmu dan mencari ilmu.
Sesungguhnya itulah tanggungjawab terbesar kita sebagai ahlul bayt. Mencari Ilmu dan menyebarkan ilmu.
Sebarang urusan atau pertanyaan berkenaan hal Nasab & Kafaah boleh diajukan kepada YM Ustaz Syed Mohd Fadhil Al-Aydrus melalui email syfadhil72@yahoo.com
Artikel ini disumbangkan oleh YM Ustaz Syed Mohd Fadhil bin Syed Omar Al-Aydrus (28 Julai 2016 melalui group WhatsApp AJK Asyraaf Terengganu) ©2016 uploaded by sansa al-idrus

Assalamualaikum … patik ingin bertanya sekadar untuk mendapatkan pencerahan kepada permasalahan azmatkhan yg di perselisihkan…apakah pendirian asyraaf malaysia dalam hal ini?
LikeLike
‘Alaikumussalam wrh. wbt.,
Tuan boleh merujuk kepada AJK Lembaga Nasab Malaysia melalui laman facebook rasminya.
Pendirian Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia adalah selari dengan pandangan yang dikemukakan melalui pihak Maktab Dhabitul Ansab Albatul Malaysia, pihak tuan juga boleh baca artikel berkaitan seperti pada pautan alamat seperti berikut :
https://m.facebook.com/MaktabAlBatulMalaysia/photos/a.1355996557772206.1073741828.1355971644441364/1366810626690799/?type=3
Sekian, terima kasih.
LikeLike